Kiriman pada: Mon, Aug 17th, 2015

92 Peratus Bayaran Balik GST Telah Disalurkan Kepada Peniaga

Kongsi maklumat ini
Tags

gjfgfdhKuala Lumpur – Jabatan Kastam Diraja Malaysia telah menyalurkan 92 peratus tuntutan bayaran balik Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kepada peniaga berdaftar.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Johari Abdul Ghani berkata jumlah bayaran bagi tempoh April hingga Jun berjaya dibayar dalam tempoh 14 hari seperti yang ditetapkan.

“Bagi syarikat selebihnya, terdapat beberapa kesilapan ketika membuat tuntutan balik bayaran, seperti kesalahan mengisi borang, dan kastam tidak dapat menghubungi syarikat terbabit,” katanya.

Johari berkata demikian pada sidang akhbar selepas lawatan pertamanya ke Jabatan Kastam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Kelana Jaya.

Mengenai aduan kelewatan bayaran balik tuntutan semula GST, Johari menjelaskan bahawa sesetengah syarikat tidak mengikut peraturan yang ditetapkan dalam menghantar borang tuntutan balik GST.

“Syarikat yang berpendapatan kurang daripada RM5 juta setahun seharusnya menghantar tuntutan bayaran balik pada setiap suku, namun mereka menghantar tuntutan berkenaan pada setiap bulan.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.