Kiriman pada: Tue, Aug 18th, 2015

Abdul Khalid dipelawa sertai PAS

Kongsi maklumat ini
Tags

18pelawe.transformedKUALA LUMPUR: Ketua Pemuda PAS Kedah, Mohd Azam Abd Samat mempelawa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyertai perjuangan PAS bagi mengukuhkan lagi parti itu. Azam berkata ketokohan bekas Menteri Besar Selangor itu terbukti dengan menunjukkan teladan dan pencapaian serta integriti yang dikagumi. “Beliau mengetuai pentadbiran kerajaan negeri Selangor dengan cemerlang. Penyertaan beliau dapat membawa negara dan parti ke arah lebih makruf dan berjaya.

“PAS sememangnya memerlukan ahli dan tokoh politik yang amanah dan gigih seperti beliau. Jadi adalah wajar dengan pengalaman, kesungguhan serta rekod tersebut digunakan demi kepentingan rakyat dan negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Azam berkata, karier politik Abdul Khalid tidak harus berakhir begitu saja setelah beliau terdahulu meninggalkan dunia korporatnya demi menghambakan diri dalam politik untuk berkhidmat kepada rakyat. Katanya, Abdul Khalid memerlukan satu tapak teguh dan kukuh dalam berpolitik, menerusi pembabitannya bersama parti politik sedia ada. “Sehubungan itu bahtera PAS adalah yang sesuai, selari dan terbaik untuk Khalid. Saya harap beliau tidak bertangguh lagi menyertai PAS. “Pemuda PAS Negeri Kedah bersedia memberikan ruang khas menerima penyertaan beliau pada Himpunan Anak Muda bersempena Himpunan Tolak BN yang akan berlangsung minggu ini,” katanya.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.