Kiriman pada: Tue, Feb 14th, 2017

Abdul Rashid Perlu Hentikan Fitnah UMNO

Kongsi maklumat ini
Tags

Putrajaya- Tindakan bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, mendakwa beberapa pemimpin UMNO bahagian memalsukan bilangan ahli adalah tidak berasas.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata Abdul Rashid, yang kini memegang jawatan Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), sepatutnya menjaga hal parti sendiri dan tidak mencampuri hal-ehwal orang lain.

Beliau yang juga Menteri Wilayah Persekutuan, berkata Abdul Rashid perlu menjaga partinya sendiri kerana difahamkan PPBM sendiri banyak menghadapi masalah di setiap negeri.

“Sebagai Setiausaha Agung UMNO, saya tahu berapa banyak bilangan ahli parti, malah setiap hari dan minggu ahli UMNO semakin bertambah, menjadikan jumlahnya kini sebanyak 3.6 juta, ” katanya kepada media pada program ‘Jom Isi Minyak’ di sini hari ini.

Kenyataan Tengku Adnan itu merujuk dakwaan Abdul Rashid yang disiarkan sebuah portal berita kelmarin, mendakwa UMNO menggunakan senarai pengundi bagi menambah jumlah ahli sehingga mencecah tiga juta orang.

Abdul Rashid membuat dakwaan itu pada satu forum PPBM di Alor Setar, Kedah Sabtu lalu, yang turut dihadiri Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad, dan beberapa pemimpin PKR serta DAP.

Tengku Adnan berkata, Abdul Rashid perlu menghentikan fitnah terhadap UMNO dan jika beliau boleh datang berjumpa dengannya bagi mendapatkan fakta sahih.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.