Kiriman pada: Fri, Feb 19th, 2016

ABM Wilayah Sarawak Telah Mengeluarkan 88,567 Pekerja Industri Pembinaan

Kongsi maklumat ini
Tags

gjdfhjKuching – Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Sarawak yang ditubuhkan pada 2001 setakat ini telah berjaya mengeluarkan 88,567 pelatih dalam pelbagai bidang kemahiran untuk industri pembinaan negara.

Ketua Pegawai Operasinya Abdul Rahman Ahmad berkata 10 peratus daripada pelatih terbabit merupakan belia dan lainnya mereka yang sudah bekerja dan mengikuti latihan untuk memperoleh Sijil Kecekapan Kemahiran (SKK) yang dikeluarkan CIDB Malaysia, yang setaraf dengan Sijil Kemahiran Malaysia.

Beliau berkata setiap tahun enam pusat latihan ABM di seluruh negara mengeluarkan sebanyak 60,000 pelatih.

ABM merupakan subsidari CIDB Malaysia yang berperanan membangunkan sumber manusia untuk meningkatkan kualiti dan produktiviti industri pmbinaan negara.

Kajian pengesanan yang dilakukan ABM mendapati 63 peratus daripada pelatihnya bekerja dalam bidang berkaitan, katanya beliau mengenai Hari Graduasi ABM Sarawak 2016.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.