Kiriman pada: Thu, Dec 17th, 2015

Ada Cemburu Dengan Mara Digital?

Kongsi maklumat ini
Tags

image

Kenapa perlu kata Mara Digital adalah satu projek yang gagal? Padahal ia baru sahaja beroperasi selama seminggu dan sudah ada pihak yang mengatakan pusat perniagaan tersebut adalah gagal.

Merujuk laporan The Star, Datuk Seri Ismail Sabri beranggapan tempoh seminggu tidak boleh dijadikan ukuran untuk membuat kesimpulan terhadap kejayaan projek tersebut.

Mungkinkah ada pihak yang iri hati dengan pembukaan Mara Digital dan menganggap pembukaannya membawa kepada persaingan yang tidak sihat?

Adalah tidak patut sekiranya wujudnya persepsi yang tidak baik kepada pembukaan Mara Digital, lebih-lebih lagi jika dikaitkan dengan perspektif perkauman. Ini kerana sesiapa sahaja boleh datang dan membeli di Mara Digital walaupun peniaga di sana adalah seratus peratus peniaga bumiputera.

Sebelum ini sebagai contoh jika dilihat perniagaan di Plaza Low Yat, boleh kata semua peniaga di sana adalah peniaga Cina tetapi semua orang berbilang kaum di negara ini datang membeli di sana. Apapun kuasa membeli adalah dari pengguna itu sendiri. Paling penting wujudnya Mara Digital ini adalah untuk satu persaingan yang sihat sambil membantu peniaga bumiputera.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.