Kiriman pada: Fri, Feb 12th, 2016

Ada Netizen Patut Tahu Mereka Lebih Malas Daripada ‘Mat Bangla’

Kongsi maklumat ini
Tags

Bangla

Rata-rata dikalangan warga media sosial menyalahkan kerajaan berhubung laporan mengatakan 1.5 juta pekerja asing warga Bangladesh akan masuk ke Malaysia sebagai pekerja. Pemerhatian menunjukkan lontaran rasa tidak puas hati itu hanya kerana melihat ulasan yang sudah berulang dari laporan bersifat provokasi.

Mengapa tidak mempersoalkan majikan-majikan yang ada dalam negara ini yang meminta peruntukan untuk mendapatkan pekerja asing? Sudahkah anda bertanya kepada mereka kenapa perlu mengambil pekerja asing untuk bekerja sedangkan ‘katanya’ masih ramai rakyat memerlukan pekerjaan?

Apa pun penjelasan diberi tetap akan ada alasan. Pengambilan pekerja asing ini bukanlah secara rawak. Sudah ada penumpuan khusus kepada bidang kerja yang memerlukan pekerja asing kerana rakyat Malaysia malas untuk membuat pekerjaan tersebut.

Sudah tentu ramai tidak bersetuju untuk mengatakan rakyat negara ini malas bekerja. Tetapi bagaimana pula jika dikatakan rakyat Malaysia malas bekerja kerana tidak mendapat gaji yang tinggi?

Kesimpulannya mudah, ini kerana majikan di negara ini tidak mampu untuk membayar gaji pekerja tempatan kerana permintaan gaji yang tinggi.

Cuba difikir sejenak mengapa ramai yang kelihatan bersungguh-sungguh untuk menjadi pemetik buah-buahan di Australia dan New Zealand? Ini kerana mereka boleh mendapat pulangan sehingga tiga ke empat ribu dalam masa hanya seminggu.

Tidak pula timbul isu bekerja di ladang apabila mereka mendapat bayaran yang mahal. Tidak mustahil warga Bangladesh juga akan berasa sama seperti anda apabila bekerja di ladang Malaysia. Jadi sama sahaja anda dan juga warga Bangladesh, cuma situasi sahaja yang berbeza.

Walau bagaimanapun sudah dinyatakan oleh kerajaan bahawa kemasukan pekerja asing adalah berperingkat. Jadi jika benar mahu mencabar, cuba dikumpulkan seberapa ramai yang mampu untuk bekerja di ladang supaya pengambilan pekerja asing dapat dielakkan.

Seperkara lagi, yang patut didesak adalah majikan yang mahu menggajikan pekerja. Jika diperhatikan dalam setiap kenyataan pada ‘share’ di Facebook, tidak pula mereka meminta kerajaan mendesak kepada majikan-majikan supaya mempertimbangkan ‘permintaan’ warga Malaysia ini.

Jelas mereka hanya mengambarkan kesalahan kerajaan dan seolah-olah tidak ambil peduli hal oleh majikan. Mengapa tidak berfikiran lebih realistik. Sambil itu cuba bertanya kepada diri sendiri mampukah diri berjauhan bersama internet untuk berkerah keringat tenaga membanting tulang di ladang.

Hari ini kita melihat rakyat Malaysia baru lima minit sahaja tiada internet sudah matu kutu. Percayalah, hanya kerana tidak dapat melayari Facebook, usahlah menipu diri sendiri.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.