Kiriman pada: Sat, Aug 15th, 2015

Ada ‘orang dalam’ mahu guling kerajaan

Kongsi maklumat ini
Tags

zahidAMPANG: Ada ‘tokoh tertentu’ dari kalangan parti pemerintah yang ingin menggulingkan kerajaan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Saya tidak mahu mendedahkannya tetapi saya sudah dapat mencium perkara ini.

“Tokoh ini mengharapkan sokongan daripada 87 ahli parlimen Pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas untuk menjatuhkan Kerajaan menggunakan pintu belakang,” katanya yang juga Naib Presiden UMNO.

Kenyataan itu dibuat ketika ucapan perasmiannya di mesyuarat tahunan UMNO Bahagian Ampang hari ini.
Beliau turut percaya cubaan itu tidak akan mendapat sokongan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN).
Selain itu, sebagai Timbalan Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri dan Naib Presiden UMNO, beliau sendiri tidak akan mengizinkan perkara itu berlaku.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.