Kiriman pada: Sun, Dec 20th, 2015

Ada Pihak Kelirukan Rakyat

Kongsi maklumat ini
Tags

najib-589Kuala Lumpur – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyelar sikap sesetengah pihak yang sengaja mengelirukan rakyat tentang punca sebenar kenaikan harga barang dan perkhidmatan.

Beliau berkata tindakan pihak berkenaan yang cuba menyalahkan kerajaan semata-mata, walhal kerajaan sedang berusaha dengan gigih mencari jalan bagi mengawal harga barang yang naik akibat faktor luaran.

“Contohnya, Kerajaan telah mengumumkan diskaun-diskaun khas pengangkutan awam baru-baru ini,” katanya melalui ‘podcast’ yang disiarkan di blognya www.najibrazak.com Jumaat.

Di samping itu, perdana menteri berkata, kerajaan juga sedang meneliti langkah-langkah bersesuai yang perlu dan mampu diambil.

Dalam pada itu,beliau berkata walaupun kerajaan telah sedaya upaya mencari jalan bagi meringankan beban rakyat, adalah penting untuk orang ramai mengetahui punca sebenar kenaikan harga barang dan perkhidmatan berlaku.

Datuk Seri Najib berkata pertama sekali adalah faktor luar yang memberi tekanan terhadap ekonomi negara susulan penurunan harga minyak mentah dunia.

“Apabila harga minyak mentah dunia turun, maka pendapatan kerajaan berkurangan. Dalam konteks ini, dijangka lebih daripada RM30 bilion pada tahun hadapan.

“Maka sukarlah untuk kerajaan melakukan campur tangan seperti menambah subsidi,” katanya, sambil memberi analogi jika seorang individu diturunkan atau dikurangkan pendapatannya, maka terbataslah kebolehan dan kemampuannya untuk berbelanja.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.