Kiriman pada: Sat, Aug 15th, 2015

Ada Pihak Luar Mahu Melihat Malaysia Kacau-bilau

Kongsi maklumat ini
Tags

DATUK SERI DR.SALLEH TUN SAID KERUAKKota Kinabalu – Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Mohd Salleh Said Keruak mengingatkan seluruh rakyat supaya lebih berhati-hati dan bijak menilai sebarang maklumat terutama yang disebarkan melalui media sosial agar tidak terperangkap dengan agenda pihak luar yang mahu mewujudkan suasana kacau-bilau di negara ini.

Salleh berkata kebelakangan ini ada pihak luar sengaja menggunakan media sosial dan portal berita untuk menyebarkan maklumat tidak tepat dan berita berunsur fitnah kepada kepimpinan negara bagi menimbulkan kebencian serta keraguan rakyat terhadap kerajaan dan pemimpin di negara ini.

“Sebenarnya (pihak luar) bukan marah kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak). Mereka marahkan Malaysia. Mereka tidak mahu Malaysia ini stabil. Mereka mahu Malaysia ini huru-hara. Mereka sudah lakukan di beberapa negara. Jadi kita sebagai rakyat Malaysia, kita mesti memastikan negara kita dalam keadaan selamat.

“Walaupun kita marah, walaupun kita ada perbezaan (pendapat), namun (hakikatnya) sudah tentu kita mahu negara kita selamat. Apabila sampai masanya pilihan raya diadakan, itu hak kita untuk menilai. Tetapi jangan mendengar satu pihak sahaja. Kita dengar semua pendapat.

“Kita perlu hormati antara satu dengan yang lain. Itu sebenarnya pendekatan kita. Kita ingin melihat Malaysia ini menjadi sebuah negara yang dihormati,” katanya ketika berucap pada majlis Ramah Mesra Menteri Komunikasi dan Multimedia di Kompleks Bersepadu KKMM.

Salleh juga mengingatkan rakyat bahawa perbezaan pendapat adalah perkara biasa namun mereka perlu berwaspada agar perbezaan pendapat itu tidak sampai hilang pertimbangan rasional sehingga sanggup mewujudkan suasana tidak stabil di negara ini termasuk ingin menjatuhkan kerajaan secara kekerasan.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.