Kiriman pada: Mon, Aug 17th, 2015

Ada pihak yang hendak melaga-lagakan saya

Kongsi maklumat ini
Tags

norainiKuala Lumpur – YB Noraini Ahmad hari ini manafikan yang beliau terbabit dalam komplot untuk mengulingkan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO.

Ini berikutan dengan tersebarnya poster seramai 20 orang Ahli Parlimen yang di muat naik sebagai mereka yang mahu mengulingkan Dato Seri Najib Tun Razak.

Ahli Parlimen Parit Sulong ini berkata beliau menafikan sekeras-kerasnya tuduhan yang dirinya terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam usaha komplot yang ada niat menjatuhkan kredibiliti nama baik beliau selaku Ahli Parlimen BN.

Beliau seterusnya berkata “Tindakan tersebut dilihat seolah-olah untuk melaga-lagakan pemimpin dan ahli parti selain hanya mahu menimbulkan perpecahan dalam kalangan kami Sebagai Ahli Parlimen Barisan Nasional.

 

Dato Noraini menyatakan bahawa beliau mempunyai tanggungjawab bersama untuk mempertahankan parti dan kerajaan Barisan Nasional.

Satu laporan polis telah pun di buat oleh Dato Noraini di balai polis Kota Damansara hari ini.

11911389_1010305845670343_1808746693_n

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.