Kiriman pada: Tue, Jan 19th, 2016

Adakah Kim Swee bukan pilihan tepat?

Kongsi maklumat ini
Tags

NSTPKUALA LUMPUR: Apa kriteria dan penilaian sebenar yang diguna pakai oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ketika membuat keputusan melantik Datuk Ong Kim Swee sebagai ketua jurulatih skuad Harimau Malaya. Mungkin itu jadi persoalan ketika negara luar lebih menjurus memilih pengendali yang terbukti sudah berjaya bersama kelab tempatan. Dan jika perbandingan itu diambil kira, ia menimbulkan tanda tanya ketika Kim Swee hanya lebih berpengalaman dengan skuad bawah umur negara. Bekas pemain kebangsaan, Stanley Bernard berkata, kebanyakan pemain kebangsaan hanya terdiri daripada pasukan tertentu yang membuktikan kemampuan mereka dalam liga tempatan. “Masih ada persoalan timbul dengan pemilihan ini. Apa yang diambil kira dan macam mana ia dilakukan? Mungkin juga ia soal bajet. “Pemilihan ini lebih kepada soal keserasian. Kalau untuk jangka masa panjang, pemilihan Kim Swee adalah betul tetapi tidak untuk dapatkan keputusan jangka masa pendek. “Kalau lihat di luar negara, jurulatih yang dipilih kebanyakannya memiliki pengalaman dan pernah mengendalikan kelab yang berjaya,” katanya ketika dihubungi semalam. FAM semalam membuat keputusan Kim Swee yang menggalas tugas jurulatih sementara selepas perletakkan jawatan Dollah Salleh 4 September lalu, dipilih sebagai pengendali tetap. Dalam masa sama, Stanley menyatakan pendirian betapa Bojan Hodak sebagai calon terbaik untuk menghadirkan hasil dalam tempoh singkat. “Dengan apa yang diharungi bersama Sarawak, saya tidak pasti bagaimana Robert Alberts turut berada dalam senarai itu. “Lain pula dengan Bojan, sejak beberapa tahun lalu, kita boleh lihat dengan pasukan mana Bojan bertugas (Kelantan dan Johor Darul Ta’zim),” katanya.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.