Kiriman pada: Mon, Aug 17th, 2015

Adakan perhimpunan BERSIH 4.0 di lokasi lebih sesuai

Kongsi maklumat ini
Tags

igpKUALA LUMPUR: Perhimpunan BERSIH 4.0 yang mensasarkan kehadiran 100,000 peserta lebih sesuai diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Katanya, Dataran Merdeka dan Padang Merbok tidak sesuai dijadikan lokasi perhimpunan memandangkan ia sedang disiapkan untuk sambutan Hari Merdeka.

“Saban tahun kita menyambut Merdeka di situ, kenapa nak beria-ria nak buat di situ pada 29 dan 30 Ogos?

“Tak ada tempat lain, nak di situ juga. Macam Malaysia ini tak ada tempat lain.

“Stadium besar, khabarnya 100,000 (orang) akan datang, jadi Stadium Bukit Jalil yang paling baik untuk menempatkan 100,000 orang.

“Takkan hendak letak 100,000 orang dekat Dataran Merdeka itu?” kata Khalid dalam satu sidang media di Bukit Aman.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.