Kiriman pada: Sun, Feb 28th, 2016

Adenan kagumi komitmen Najib bangunkan Sarawak

Kongsi maklumat ini
Tags

28feb-satemd.transformedSARATOK: Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem menghargai komitmen Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membangunkan negeri ini, terutama di kawasan pedalaman dan luar bandar.

Malah, Adenan turut menyifatkan pemimpin terbabit sebagai cukup dekat di hati anak Sarawak atas pelbagai inisiatif pembangunan dilaksanakan beliau sejak mengambilalih pentadbiran negara.

Katanya, dalam semua Perdana Menteri, Najib yang paling prihatin terhadap keperluan dan kehendak rakyat negeri ini, terutama dalam konteks pembangunan.

“Perdana Menteri jelas membuktikan segala projek diumumkannya (untuk Sarawak) bukan sekadar omong kosong. Seperti di Semenanjung, rakyat kita juga mahukan ‘super highway, ..Perdana Menteri memberikan kita Lebuhraya Pan Borneo yang kini dalam pembinaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Sejiwa Senada 2016 di Dataran Saratok, di sini, sebentar tadi. Adenan memulakan ucapannya dengan menyanyikan lagu kegemarannya, Can’t Help Falling In Love (With You), malah hari ini, beliau genap dua tahun menjadi Ketua Menteri Sarawak. Adenan berkata, pelbagai projek infrastruktur lain juga dilaksanakan atas dasar kepentingan pembangunan kepada masa depan rakyat terutama dalam konteks sosio-ekonomi dan bukannya kerana pilihan raya negeri semakin hampir. “Di Sarawak, masih ada banyak kekurangan dan Perdana Menteri berusaha sebaik mungkin untuk mengatasinya. “Malah, hubungan baik yang sedia terjalin antara kerajaan negeri dan kepemimpinan Pusat banyak menyumbang kepada usaha pembangunan ini, begitu juga proses perundingan empowerment (penurunan lebih banyak kuasa pentadbiran). “Kita sudah mencapai persetujuan dalam 13 perkara, malah Perdana Menteri menyatakan komitmen untuk meneliti beberapa lagi perkara untuk dirundingkan demi masa depan Sarawak. Ini tidak mustahil kita laksanakan kerana kedua-duanya (kerajaan) adalah dari kelab sama (Barisan Nasional),” katanya. Beliau turut mengagumi keprihatinan Najih terhadap kehendak dan keperluan rakyat di negeri ini dengan sebahagian kawasan pedalaman dan luar bandar sudah dijelajahi beliau. “Dari Kuching ke Lubok Antu, Saratok, Sibu hinggalah ke Hulu Baram dan banyak lagi kawasan (pedalaman) sudah dilawati beliau. Najib adalah Perdana Menteri paling kerap melawat Sarawak, meninjau kehidupan rakyat,” katanya. Sementara itu, Adenan berkata, lebih banyak program pembangunan dirancang kerajaan BN Sarawak selepas memperoleh mandat lebih besar dalam Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN11). “Dalam tempoh dua tahun, suatu tempoh yang singkat, 50 pelan dan tindakan sudah saya laksanakan yang memenuhi aspirasi rakyat. Tentunya lebih banyak inisiatif dapat kita laksanakan selepas ini,” katanya.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.