Kiriman pada: Thu, Jan 12th, 2017

Adenan Pemimpin Berjiwa Rakyat

Kongsi maklumat ini
Tags

Kuala Lumpur – Tan Sri Adenan Satem adalah seorang pemimpin berjiwa rakyat dan sedia melakukan segala usaha di luar kebiasaan demi pembangunan penduduk dan negeri Sarawak, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Beliau berkata pemergian Ketua Menteri Sarawak itu adalah satu kehilangan besar kepada penduduk Sarawak kerana beliau telah menyusun pelbagai rancangan masa depan yang baik untuk kemajuan mereka dan pembangunan negeri itu.

“Adenan sebaik menjadi Ketua Menteri telah berusaha keras memantapkan lagi pentadbiran kerajaan negeri di samping memastikan hubungan baik dengan kerajaan Persekutuan terus dipelihara dan diperkukuhkan,” katanya kepada Bernama.

Adenan, 72, meninggal dunia akibat komplikasi jantung pada kira-kira 1.20 tengah hari di Pusat Jantung Kota Samarahan, di sini hari ini.

Salleh berkata Adenan, yang mesra dengan panggilan ‘Tok Nan’, juga banyak berusaha mendekati hati pelbagai kaum di negeri itu dan juga parti-parti komponen Barisan Nasional negeri hingga Sarawak dilihat begitu sejahtera dan makmur.

“Beliau mengutamakan keharmonian kaum di negeri itu dan dengan itu menolak sebarang dasar yang boleh menggugat perpaduan penduduk Sarawak yang terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik,” katanya.

Salleh berkata walaupun tidak sampai dua tahun beliau memegang tampuk pemerintahan, kepimpinan Adenan diterima baik semua pihak di Sarawak.

“Ini dapat dilihat daripada kejayaan BN Sarawak dalam Pilihan Raya Negeri tahun lepas,” katanya.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.