Kiriman pada: Sun, Nov 13th, 2016

Afifah Nasir Tidak Mahu Dibayangi Populariti Kakak

Kongsi maklumat ini
Tags

2afifahKuala Lumpur – Pendatang baharu dalam seni lakonan, Afifah Nasir, tidak mahu dibayangi populariti dua kakaknya, sebaliknya ingin mencipta imejnya tersendiri untuk melakar nama dalam bidang perfileman.

Namun begitu, Afifah, 23, anak keempat daripada lima beradik, yang juga lulusan psikologi dan komunikasi, berkata beliau bersedia sekiranya kualiti lakonannya dibandingkan dengan kakak kesayangannya, Anzalna, 28, dan Mia, 25.

Beliau berkata kepada pemberita di majlis minum petang bersama barisan pelakon drama bersiri ‘Pengantinku Jatuh Dari Langit’.

Bagaimanapun, Afifah yang lebih dikenali sebagai Fifa, berterima kasih kepada kakak beliau yang selalu memberi nasihat, galakan dan pandangan untuk meningkatkan mutu lakonan selain berkongsi tip menghadapi cabaran dunia hiburan.

Menyentuh mengenai permulaan penglibatannya dalam bidang seni, Afifah berkata semuanya berlaku secara spontan berpunca daripada kegemarannya berkongsi video di laman sosial Instagram.

Fifa berkata walaupun penglibatannya dalam bidang lakonan berlaku secara kebetulan, beliau bercita-cita untuk terus mengukuhkan nama dalam seni lakon.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.