Kiriman pada: Fri, Jul 3rd, 2015

Agong Dan Permaisuri Berangkat Ke Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran Di Istana Negara

Kongsi maklumat ini
Tags

TUANKU ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAHKuala Lumpur – Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah berkenan berangkat ke majlis sambutan Nuzul Al-Quran dan berbuka puasa di Istana Negara.

Turut diraikan pada majlis itu ialah kira-kira 100 pelajar tahfiz dari Pondok Bustanul Arifin, Banting, Selangor serta pegawai-pegawai kanan daripada pelbagai agensi kerajaan.

Majlis turut diserikan dengan tazkirah mengenai kepentingan membaca serta mendalami ayat-ayat Al-Quran oleh penceramah terkenal, Ustaz Datuk Mohd Kazim Elias.

Difahamkan bermula 1 Ramadan lepas, pihak Istana Negara telah menjemput pelajar-pelajar tahfiz dari sekitar Kuala Lumpur dan Selangor untuk berbuka puasa serta solat tarawih di istana.

Selepas berbuka, semua jemputan menunaikan solat Maghrib dan Isyak berjemaah sebelum menunaikan solat terawih.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.