Kiriman pada: Thu, Dec 24th, 2015

Agong Dukacita Mereka Yang Perkecil Agensi Islam

Kongsi maklumat ini
Tags

PTJ17_242115_MAULIDUR RASULSerdang – Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah menzahirkan penghargaan terhadap peranan agensi-agensi Islam dalam melaksanakan pelbagai program pendidikan dan penghayatan Islam, dan dukacita atas sikap pihak tertentu yang cuba memperkecil atau memberikan gambaran negatif terhadap agensi berkenaan.

Seri Paduka bertitah dakwaan terhadap agensi Islam adalah amat tidak bertanggungjawab dan keterlaluan, sedangkan program yang dilaksanakan agensi itu di peringkat persekutuan dan negeri telah memberi impak amat besar ke arah mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dan harmoni.

Baginda bertitah, kefahaman Islam yang bertunjangkan kepada akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan pengamalan syariat yang berpandukan Al-Quran, As Sunnah serta ijtihad para ulama muktabar telah berjaya melahirkan masyarakat Islam yang sederhana, berimbang dan adil dalam setiap tindakan dan amalan.

Seri Paduka bertitah demikian semasa merasmikan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1437H/2015M di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS). Turut berangkat ke majlis bertemakan ‘Perpaduan Nadi Transformasi Negara’ itu ialah Raja Permaisuri Agong, Tuan-ku Hajah Haminah.

Titah baginda kewujudan agensi-agensi itu adalah bagi melaksanakan fungsi pengurusan dan pembangunan hal ehwal Islam, sekaligus membantu agensi-agensi agama di peringkat persekutuan dan negeri untuk mengurus tadbir perkara berkaitan hal ehwal Islam.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.