Kiriman pada: Thu, Dec 24th, 2015

Agong dukacita tindakan persoal agensi agama

Kongsi maklumat ini
Tags

SAMBUTAN MAULIDUR RASULKUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah kecewa dengan tindakan pihak tertentu yang memperkecilkan kewujudan dan fungsi agensi Islam di negara ini. Baginda bertitah, kewujudan dan fungsi agensi terbabit adalah untuk melaksanakan pengurusan dan pembangunan hal ehwal Islam. Oleh itu titah baginda, gambaran negatif dan tindakan memperkecil agensi agama adalah amat tidak bertanggungjawab serta keterlaluan. “Beta ingin menzahirkan rasa dukacita atas sikap pihak tertentu yang cuba memperkecilkan atau memberi gambaran negatif terhadap kewujudan dan fungsi agensi Islam mutakhir ini. “Antara kewajipan pemerintah adalah memastikan maqasid al-syariah terlaksana dengan sempurna dalam kehidupan rakyat. Justeru, beta amat berbangga atas inisiatif kerajaan memperkenalkan Indeks Syariah Malaysia (ISM),” titah baginda.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.