Kiriman pada: Tue, Dec 22nd, 2015

AGONG KURNIA DARJAH KEBESARAN DAN PINGAT KEPADA 146 PENERIMA

Kongsi maklumat ini
Tags

znfdgmKuala Lumpur – Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah hari ini berkenan mengurniakan darjah kebesaran, bintang dan pingat Persekutuan tahun 2015 kepada 146 orang penerima.

Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah turut berangkat ke istiadat pengurniaan itu di Istana Negara di sini bersempena ulang tahun keputeraan rasmi Seri Paduka yang disambut pada 6 Jun lepas.

Mendahului senarai penerima darjah pada istiadat pengurniaan kali ini ialah Pegawai Khas kepada Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan Huzairi Zainal Abidin yang menerima Darjah Kesatria Mangku Negara (KMN).

Antara penerima lain darjah berkenaan ialah Timbalan Pengarah Penguat Kuasa Bahagian Penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Ahmad Dahuri Mahmud dan Ketua Sektor Pendidikan Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu Ahmad Shukor Mansor.

Turut menerima KMN ialah Timbalan Pengarah Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Pulau Pinang Akmar Omar dan Pengarah Bahagian Kecemerlangan Profesional Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pendidikan Azizi Lin.

Seri Paduka turut mengurniakan Darjah Ahli Mangku Negara (AMN) kepada 40 penerima termasuk anggota Badan Amal Kebajikan Angkatan Tentera (BAKAT) Datin Sadiah Suluhee, Anggota Majlis Tertinggi Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Livan Tajang, Ketua Wanita UMNO Bahagian Pandan Nora Mad Idris dan Ketua Wanita MCA Bahagian Kuala Kangsar Loh Man Mun.

Selain itu, sejumlah 67 individu lain menerima Pingat Pangkuan Negara.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.