Kiriman pada: Sat, Jul 18th, 2015

Agong Solat Aidilftri Di Masjid Negara Bersama Lebih 10,000 Jemaah

Kongsi maklumat ini
Tags

TUANKU ABDUL HALIM MUADZAM SHAHKuala Lumpur – Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah hari ini berangkat menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Negara di sini bersama-sama lebih 10,000 jemaah bersempena sambutan 1 Syawal.

Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah tiba di masjid itu kira-kira 8.30 pagi.

Seri Paduka berdua diiringi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin serta isteri masing-masing Datin Seri Rosmah Mansor dan Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.

Turut hadir beberapa menteri Kabinet dan dif-dif kehormat serta perwakilan asing.

Tuanku Abdul Halim dan jemaah kemudian bertakbir raya sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri yang diimamkan oleh Imam Besar Masjid Negara Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad manakala Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom bertindak sebagai khatib.

Sejurus selesai khutbah Aidilfitri, Tuanku Abdul Halim kemudian beramah mesra dengan jemaah yang tidak melepaskan peluang bersalaman dengan baginda.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.