Kiriman pada: Wed, Dec 30th, 2015

AGONG TERIMA WATIKAH PELANTIKAN 13 KETUA PERWAKILAN ASING

Kongsi maklumat ini
Tags

KL03_291215_AGONGKuala Lumpur – Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah hari ini berkenan menerima watikah pelantikan 13 ketua perwakilan asing ke Malaysia di Istana Negara.

Lapan daripada mereka bermastautin di Kuala Lumpur manakala lima lagi bermastautin di beberapa negara lain.

Mereka yang bermastautin di sini ialah Walubita Imakando (Zambia); Abubacarr Jah (Gambia); Michael Winzap (Switzerland); Mohamed Fahmy Hassan (Maldives); Guido Felipe Loyza Devescovi (Peru); Atiqullah Atifmal (Afghanistan); Ibete Fernandez Hernandez (Cuba) and Marzieh Afkham (Iran).

Sementara lima yang lain ialah Ali Illiassou (Duta Besar Republik Niger bermastautin di New Delhi); Mourad Bel Hassen (Duta Besar Tunisia bermastautin di Jakarta); Clement Philip Ricardo Allicock (Pesuruhjaya Tinggi Jamaica bermastautin di Tokyo); Thorir Ibsen (Duta Besar Iceland bermastautin di New Delhi) dan Michal Slivovic (Duta Besar Slovak bermastautin di Jakarta).

Tuanku Abdul Halim dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah kemudian berkenan menerima menghadap kesemua ketua perwakilan asing berkenaan.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.