Kiriman pada: Mon, Nov 30th, 2015

Ahli cuba gugat UMNO akan disiasat

Kongsi maklumat ini
Tags

kunanKUALA LUMPUR: Lebih ramai ahli UMNO akan disiasat berhubung cubaan memecahbelahkan kepemimpinan parti berkenaan. Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata siasatan itu turut membabitkan ketua cawangan UMNO yang cuba merosakkan imej parti. “Kita akan siasat lebih ramai lagi kerana mereka ini ada masalah disiplin. Kita tak perlu orang macam ini, kita mahu ahli parti yang berdisiplin,” katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Konvensyen Kebangsaan Kesejahteraan Sosial Komuniti Bandar: Ke Arah Pengukuhan Agenda Berpaksikan Rakyat, di sini, hari ini.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.