Kiriman pada: Tue, Jul 7th, 2015

Ahli Parlimen BN tetap sokong PM

Kongsi maklumat ini
Tags

ZAHID-HAMIDI-the-bestKUALA LUMPUR 6 Julai – Cadangan pembangkang mengadakan pertemuan tergempar dengan semua ahli Parlimen esok kononnya untuk membincangkan isu semasa adalah bertujuan menangguk di air yang keruh dan mengganggu kestabilan politik negara.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, cadangan Ketua Pembangkang, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail itu hanya berhasrat mengeruhkan lagi keadaan di sebalik pelbagai tuduhan oleh akhbar Wall Street Journal (WSJ) terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Menurutnya, Ahli Parlimen BN tetap akan bersama-sama Perdana Menteri untuk menerajui negara ketika beliau ditohmah dengan pelbagai tuduhan palsu.
“Dari segi perundang­an, memang ada asas untuk memanggil pertemuan itu tetapi bagi saya tidak ada keperluan berbuat demikian,” katanya kepada laman portal BNBBC.my hari ini.
Beliau mengulas hasrat Wan Azizah yang juga Presiden PKR untuk mengadakan pertemuan tergempar di bangunan Parlimen esok bagi membincangkan hala tuju politik negara termasuk dakwaan WSJ terhadap Perdana Menteri.
Dalam pada itu, mengulas mengenai ura-ura pakatan pembangkang yang baharu ekoran krisis antara Pas dengan DAP, Ahmad Zahid berkata, kerjasama pakatan pembangkang selama ini sememangnya telah dijangka bakal terle­rai.
“Pakatan tidak berasaskan ideologi, jauh sekali falsafah politik. Itu hanya cubaan seperti dalam Angkatan Perpaduan Ummah (APU) dan pakatan pembangkang. Ia hanya cubaan yang akan berakhir dengan kehancuran,” katanya.
Baru-baru ini, bekas Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu memberitahu, sebuah pakatan baharu akan wujud dalam kalangan parti pembangkang ekoran terputusnya kerjasama politik antara DAP dengan Pas.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.