Kiriman pada: Tue, Aug 18th, 2015

Ahli Parlimen BN Tetap Teguh Bersama Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Kongsi maklumat ini
Tags

BNBBC_PC_PARLIAMENT_18082015_TMIKAMAL_ARIFFIN_03Kuala Lumpur – Beberapa orang ahli parlimen yang dikaitkan dengan komplot untuk mengulingkan Perdana Menteri hari ini hadir dalam didalam satu sidang media yang di anjurkan oleh Kelab Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC). Antaranya Datuk Hasbullah Osman, Datuk Raimi Unggi, Datuk Noraini Ahmad, Datuk Jumat Idris, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir, Datuk Othman Aziz dan Datuk Othman Abdul.

Berita mengenai keujudan komplot untuk mengulingkan Perdana Menteri telah di cetuskan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sendiri dan ianya mendapat liputan meluas termasuk di media sosial. Dikatakan seramai 20 ahli parlimen Barisan Nasional (BN) kononnya terbabit dengan berkomplot mahu menjatuhkan kerajaan dan Dato’ Seri Najib Tun Razak .

Walaubagaimanapun pada hari ini kesemua mereka yang tersenarai telah menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut dan penafian tersebut telah di suarakan sendiri oleh Tan Sri Shahrir Samad selaku Pengerusi BNBBC.

“Tidak ada siapa pun dalam kalangan ahli parlimen BNBBC yang tidak menyokong kerajaan hari ini, walaupun perkara itu tercetus daripada Timbalan Perdana Menteri yang menyatakan terdapat ada gerakan sedemikian, tapi ia memang tidak melibatkan ahli parlimen BN,”

“Sebagai ahli parlimen BN, dari semasa ke semasa memang ada soal tak bersetuju, tapi kita akan suarakan pendapat dan ia tidak menjadi masalah, tapi dari segi soal sokongan kepada pemerintahan hari ini, ia sokongan yang tidak berbelah bahagi”, katanya pada sidang media di Parlimen siang tadi.

“Cuma kita rasa kecewa kerana dalam blog tertentu telah timbul gambar pihak berkenaan yang dikatakan terlibat dalam isu untuk menjatuhkan kerajaan,” jelasnya lagi.

Tan Sri Shahrir memaklumkan bahawa beliau dan beberapa ahli parlimen akan bertemu dengan Timbalan Perdana Menteri bagi menyelesaikan perkara berkaitan dengan isu mengulingkan tersebut.

Sementara itu di Putrajaya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Bagaimanapun menafikan senarai 20 ahli parlimen Barisan Nasional (BN) yang nama mereka tersebarkan di media sosial kononnya berkomplot mahu menjatuhkan kerajaan dan Dato’ Seri Najib.

“Saya ingin mengesahkan tidak ada seorang pun dari 20 itu yang telah menandatangani akuan bersumpah berkenaan atau dibeli bagi tujuasn tersebut. Oleh sebab itu, bersihkan nama mereka, katanya di Putrajaya.

Buat masa ini Datuk Seri Zahid belum lagi mahu mendedahkan nama-nama mereka yang terbabit, tetapi akan menyerahkan perkara tersebut kepada pihak PDRM untuk melakukan siasatan.

Salah seorang ahli parlimen yang di kaitkan dengan komplot penguling itu YB. Datuk Noraini Ahmad (Parit Sulong) yang telah membuat penafian awal pembabitan beliau semalam, Hari ini menegaskan bahawa beliau mahu pihak SKMM dan polis membuat siasatan kerana ia melibatkan kredibiliti ahli-ahli Parlimen.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.