Kiriman pada: Sat, Feb 27th, 2016

Ahli perlu terus kerja keras demi parti

Kongsi maklumat ini
Tags

KHALED NORDIN / SAMBUTAN TAHUN BARU CINA / DANGA BAYJOHOR BAHRU: Ahli UMNO Johor, termasuk di peringkat akar umbi perlu meletakkan kepentingan parti sebagai keutamaan dan terus bekerja keras demi parti itu. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, mengakui UMNO Johor akan berdepan dengan cabaran sangat besar berikutan keputusan Majlis Tertinggi (MT) menggantung Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden parti itu, kelmarin. “Bagaimanapun, akar umbi perlu meletakkan kepentingan parti sebagai keutamaan dan terus bekerja keras demi UMNO. “Saya sudah bercakap sebelum ini mungkin ada yang gembira dengan keputusan itu dan ada tidak gembira, termasuk di Johor,” katanya. Beliau yang juga Menteri Besar Johor, berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri majlis angkat sumpah Jawatankuasa Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Malaysia serta Jamuan Tahun Baharu Cina Persatuan Peniaga Pasar Lambak Bergerak Johor Selatan, di sini, hari ini. Selain itu, mengulas mengenai tindakan mesyuarat UMNO Bahagian Pagoh yang menolak keputusan MT, Mohamed Khaled berkata, beliau menyerahkan perkara berkenaan kepada UMNO pusat. “Saya tidak menerima secara rasmi apa-apa mengenai perkara ini dan ia adalah urusan UMNO pusat. Soal dia menerima atau menolak, saya percaya itu urusan UMNO pusat dan saya percaya UMNO pusat dapat melihat perkara itu sebaik mungkin,” katanya.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.