Kiriman pada: Thu, Feb 2nd, 2017

Ahli Politik Tidak Harus Urus GLC

Kongsi maklumat ini
Tags

Saranan agar ahli politik tidak lagi menjadi Pengerusi atau Pengarah Urusan bagi menguruskan syarikat milikan kerajaan seharusnya dipandang positif oleh pihak berkenaan, kerana ianya ada berkaitan dengan banyaknya kes tangkapan rasuah yang melibatkan gulungan ini.

Walaupun kesnya adalah terpencil tetapi untuk menjurus kearah itu adalah besar berkemungkinan apabila ianya melibatkan urusan poltik dan pengurusan syarikat yang adakalanya bersangkutan dan berkaitana diantara satu dengan yang lain.

Menurut Pengerusi Lembaga Penasihat Suruhanjaya Pencegahan Malaysia Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim, bahawa ahli politik yang memegang jawatan dalam GLC berkemungkinan berdepan dengan percanggahan kepentingan yang membawa kepada penyalahgunaan kuasa dan tanggungjawab.

“Banyak pelantikan dibuat atas sebab politik, jika sesaorang dilantik memegang jawatan dengan kuasa mutlak, ada keputusan yang mereka harus buat pada setiap hari, atau setiap minggu, bulan dan lain-lain.

Menurut Tunku Abdul Aziz trend menyalah guna kuasa ini atas sebab konflik kepentingan telah lama berlaku dan boleh dicegah jika pelantikan untuk jawatan penting dalam sesebuah GLC dilakukan dengan “pemilihan dan tapisan yang betul”.

Ini termasuk dengan meneliti setiap calon bagi bakal pemegang jawatan di GLC berkenaan benar-benar berkelayakan dan mempunyai rekod perkhidmatan yang cemerlang tujuannya agar mereka ini dapat mengawal tindak-tanduk diri diketika mahu membuat sesuatu keputusan yang melibatkan politik, peribadi dan syarikat.

Tunku Abdul Aziz berkata prosedur dan teknik pengambilan yang betul boleh membantu mencapai ketelusan dan akauntabiliti, sesuatu yang amat penting untuk pengurusan atasan.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.