Kiriman pada: Sat, Feb 27th, 2016

Ahli UMNO terikat dengan disiplin

Kongsi maklumat ini
Tags

MOHD SALLEH SAID KERUAK / TEMURAMAH EKSKLUSIFKLUANG: Keputusan Majlis Tertinggi (MT) UMNO menggantung Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden UMNO berkuat kuasa serta merta bukan bertujuan untuk memecah belahkan, sebaliknya menunjukkan setiap anggota parti terikat dengan disiplin. Ahli MT, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, berkata keputusan itu dibuat secara menyeluruh termasuk mempertimbangkan tugas sebenar seorang Timbalan Presiden. Katanya, seorang timbalan presiden seharus mampu membantu presiden dalam menguatkan parti tetapi dalam hal itu, MT berpendapat Muhyiddin gagal berbuat demikian menyebabkannya jawatannya perlu digantung. “Bagaimanapun, beliau (Muhyiddin) masih boleh terus memainkan peranan sebagai Ketua UMNO Bahagian Pagoh dan ahli parti kerana ini bukannya penggantungan keahlian, sebaliknya hanya penggantungan menjalankan tugas,” katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Kempen Keahlian dan Daftar Pengundi 2016 dan Mini Karnival Orang Muda anjuran Puteri UMNO di Dataran Persiaran Kluang, dekat sini hari ini. Salleh berkata, tindakan itu juga wajar dilakukan kerana Muhyiddin mempunyai pendapat dan pendirian yang berbeza daripada parti dalam sesetengah isu yang boleh menjejaskan kekuatan parti. “Prinsipnya, seorang timbalan presiden mesti dapat menjalinkan kerjasama erat dengan presiden dalam menghadapi masalah mendatang, tambahan sekarang kita menghadapi masalah ekonomi dunia dan sedar atau tidak sedar, masalah itu turut kita rasai. “Dalam konteks sedemikian, kita harus bekerjasama agar dasar kerajaan dalam menangani permasalahan ini dapat dilaksanakan sebaik mungkin,” katanya. Mengenai kemungkinan keputusan menggantung jawatan Muhyiddin menjejaskan kepercayaan rakyat, Salleh yang juga Timbalan Ketua Perhubungan UMNO Sabah, berkata rakyat masih yakin dengan UMNO. Bagaimanapun, katanya, parti perlu bijak menangani persepsi negatif yang akan dilontarkan sesetengah pihak dalam media sosial.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.