Kiriman pada: Thu, Feb 11th, 2016

Ahmad Bashah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah

Kongsi maklumat ini
Tags

ahmad_bashah_umno_0302KUALA LUMPUR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, hari ini dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah menggantikan Datuk Seri Mukhriz Mahathir. Pelantikan itu diumumkan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor ,dalam kenyataan pagi ini. Dalam kenyataan itu, Tengku Adnan turut mengumumkan Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, juga berkuat kuasa hari ini. Muhkriz pada 3 Februari lepas meletakkan jawatannya sebagai Menteri Besar Kedah, tetapi menyerahkan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak untuk menentukan jawatannya sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah. Ahmad Bashah yang sebelum ini memegang jawatan Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah pada 4 Februari di Istana Anak Bukit. Dalam kenyataan itu, Tengku Adnan turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada Mukhriz yang sebelum ini menyandang jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.