Kiriman pada: Tue, Aug 25th, 2015

Ahmad Zahid Terima Kunjungan Hormat Menteri Buruh Nepal

Kongsi maklumat ini
Tags

djazPutrajaya – Malaysia dan Nepal mengadakan perbincangan mengenai pekerja Nepal dalam pertemuan antara dua menteri di sini hari ini.

Perbincangan diadakan semasa Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menerima kunjungan hormat Menteri Buruh dan Pekerjaan Nepal, Tek Bahadur Gurung di pejabatnya.

Menurut para pegawai, mereka berdua mengadakan perbincangan selama 40 minit.

Yang turut hadir dalam perjumpaan itu ialah Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Mustafa Ibrahim, Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) Kementerian Dalam Negeri, Datuk Wahab Mohd Yasin serta Duta Nepal ke Malaysia, Dr Hiranjan Man Singh Basnyat.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.