Kiriman pada: Mon, Aug 3rd, 2015

Ahmad Zahid Terima Watikah Pelantikan Timbalan Perdana Menteri

Kongsi maklumat ini
Tags

DATUK SERI NAJIB TUN RAZAKPutrajaya – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menerima watikah pelantikan sebagai Timbalan Perdana Menteri daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Perdana Putra.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri dilantik menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam rombakan Kabinet yang diumumkan perdana menteri pada 28 Julai lepas.

Sejurus menerima watikah pelantikan,Datuk Seri Dr Ahmad Zahid diiringi Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa menuju ke pejabat Timbalan Perdana Menteri bagi memulakan tugas.

Beliau mengimbas kad perakam waktu pada pukul 8.30 pagi.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid yang kelihatan ceria kemudian mengaminkan bacaan doa oleh pegawai agama Jabatan Perdana Menteri (JPM), Ustaz Azhar Tuarno.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.