Kiriman pada: Sat, Aug 15th, 2015

Aidl Fitri Usahlah Berlebihan

Kongsi maklumat ini
Tags

Ketupat2Alhamdullilah hari ini genapnya Umat Islam merayakan Aidil Fitri atau Hari Raya Aidil Fitri selama 30 hari atau lebih jelas hari ini hari terakhir Syawal, Maka berebutlah mereka membuat sambuat Hari Raya yang akhir. Tahniah kepada yang telah dapat menyelesaikan ibadah Puasa Enam yang juga menyambut hari rayanya tersendiri.

Hebat kita ini di Malaysia dapat merayakan Aidil Fitri selama sebulan yang sahnya mengikut satu bulan Shawal, tiada yang pelik, Jika Ramadan kita berpuasa sebulan mengapa pula peliknya jika kita beraya sebulan Shawal.

Ada yang membandingkan Malaysia dengan negara-negara Islam yang lain saperti contohnya Arab Saudi juga negara kejiranan yang berdekatan kebanyakkan mereka hanya merayakan Aidil Fitri sekitar 1 atau 2 hari awal Shawal sahaja, Kemudiannya mereka kembali kepada fitrah biasa.

Tetapi mengapa rakyat Malaysia ini merayakan Aidil Fitri sahingga sebulan lamanya, Ini dapat kita sah dengan adanya acara “Majlis Rumah Terbuka Aidil Fitri”, Yang boleh di katakan hampir setiap hari ada sahaja jemputan Majlis Rumah Terbuka ini sama ada kecil-kecilan mahupun yang besar-besaran mengikut kemampuan.

Tiada salahnya mengadakan rumah terbuka semata untuk meraikan sesama keluarga, sahabat taulan, Sudah pastilah tujuannya untuk meraikan dan bersedekah makanan, Sambutan Shawal di hari pertama adalah sebagai hari kita meraikan kejayaan kita mengharungi cabaran di bulan Ramadan maka selayaknya kita raikan.

Sudah pastinya kejayaan yang utama mengharungi cabaran bulan Ramada, Tambahan lagi kita sebagai hambanya telah berjaya kembali kepada perubahan hidup, mengubah cara kehidupan dari perkara yang buruk kembali kepada perkara yang baik-baik, Maka ini perlulah di raikan.

Mengapa rakyat Malaysia, mengambil masa sahingga 30 hari untuk mereka meraikan kejayaan ini adakah 1 hari Shawal tidak mencukupi? atau cuma mengenapkan tuntutan bulan Shawal yang 30 hari maka kita memilih untuk meraikannya sahingga 30 hari.

Tiada salahnya untuk meraikan selama 30 hari Aidil Fitri ini, Pilihlah masa yang sesuai dan ikutlah kemampuan kita untuk meraikannya. Amalan rumah terbuka ini baik dari segalanya, Menyedekah makanan, memberi makanan, meraikan tetamu, mengeratkan silatulrahim dan sebagainya semua ini adalah perkara perkara yang membawa kebaikkan.

Kecuali jika kita membuat jamuan rumah terbuka ini dengan tujuan tertentu, Mencari populariti, mencari pengaruh politik, menunjuk-nunjuk majlis di rumah aku yang hebat serta di sediakan arak dan pesta ‘lupa dan jual diri’ perkara ini jelas mendatang kemudaratan untuk jangka panjang.

Hanya di bulan Shawal ini sahaja yang dapat kita dengar rakan sahabat kita membuat rumah terbuka, Tidak pernah kita mendengar ada yang membuat rumah terbuka sempena Hari Merdeka contohnya, Hari Gawai atau rumah terbuka sempena pasukan bola sepak negara berjaya memenangi pingat emas, tidak pernah kita dengar.

Jadi di bulan Shawal yang adanya Aidil Fitri ini lah peluang untuk mereka yang berkemampuan untuk meraikannya bersama rakan sahabat, Soal untuk meraikan Aidil Fitri ini sehari atau sebulan ikutlah kemampuan yang penting janganlah berlebih-lebihan dan elakkanlah pembaziran.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.