Kiriman pada: Wed, Dec 30th, 2015

Air Asia Larang Bawa Skuter Elektronik Ke Dalam Pesawat

Kongsi maklumat ini
Tags

Semua peranti pengangkutan peribadi berkuasa bateri litium dilarang didaftar masuk dan dibawa ke dalam semua penerbangan AirAsia dan AirAsia X berkuasa hari ini.

Peranti itu termasuk ‘hoverboard’, ‘Segway’, segway mini, skuter elektronik, ‘solowheel’, ‘airwheel’, ‘balance wheel’ dan peralatan yang serupa dengannya.

“Dalam keadaan tertentu, membawa kerusi roda atau peranti mobiliti yang beroperasi menggunakan bateri mungkin diterima, tertakluk kepada pengasingan bateri oleh penumpang.

“Berat maksimum yang dibenarkan bagi kerusi roda dan peranti mobiliti adalah 85 kilogram,” demikian menurut AirAsia dalam satu kenyataan.

Penumpang yang membawa peralatan yang beroperasi menggunakan bateri digalakkan agar merujuk kepada garis panduan AirAsia yang boleh didapati di www.airasia.com/ask.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.