Kiriman pada: Mon, Jan 26th, 2015

AirAsia Bhd Akan Menghapuskan Surcaj Bahan Api

Kongsi maklumat ini
Tags

airasiaKuala Lumpur – AirAsia Bhd akan menghapuskan surcaj bahan api bagi semua syarikat penerbangan dalam kumpulan itu mulai hari ini sejajar dengan penurunan harga minyak dunia.

Syarikat penerbangan tambang rendah itu juga akan menghapuskan surcaj bahan api bagi operasi penerbangan jarak jauh syarikat sekutunya AirAsia X, Thai AirAsia X dan Indonesia AirAsia X.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Tan Sri Tony Fernandes, langkah itu adalah baik kepada pengguna dan ekonomi, kerana industri pelancongan membuka banyak peluang pekerjaan.

Penghapusan surcaj bahan api dijangka mengurangkan lagi kos perjalanan dan menyemarakkan permintaan untuk perjalanan dan pelancongan.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.