Kiriman pada: Wed, Aug 12th, 2015

AirAsia tegas tidak berpindah ke Terminal 1 KLIA

Kongsi maklumat ini
Tags

MALAYSIA-AVIATION-AIRASIA-AIRPORT-FILESKUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan tambang murah, Air Asia Bhd (AirAsia) bertegas untuk tidak berpindah ke Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) bagi mengelakkan masalah kesesakan. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Tan Sri Tony Fernandes, berkata pemindahan syarikat penerbangannya ke terminal berkenaan juga boleh menyumbang kepada persaingan sengit di serantau selain peningkatan cukai lapangan terbang. “Sektor pelancongan di Sabah terutama di Kota Kinabalu berpotensi besar untuk berkembang, pindah ke terminal 1 akan mewujudkan kesesakan yang teruk.

“Kami tidak akan berpindah disebabkan kesesakan itu dan Penerbangan Malaysia (MAS) juga bersetuju dengan kami,” katanya selepas majlis memperkenalkan duta global AirAsia yang baharu, David Foster di sini sebentar tadi. Sebelum ini, Kementerian Pengangkutan mengarahkan semua syarikat penerbangan termasuk AirAsia diarahkan berpindah ke Terminal 1 KKIA bermula 1 Ogos lalu. Pemindahan itu dijalankan bagi membolehkan semua syarikat penerbangan di lapangan terbang berkenaan diletakkan di bawah satu bumbung untuk keselesaan penumpang serta meningkatkan kecekapan operasi. Sementara itu, beliau juga berkata kejatuhan ringgit tidak memberi kesan kepada operasi syarikat, sebaliknya mampu menarik pelancong luar negara untuk melancong ke Asia. “Saya positif kejatuhan itu tidak memberi impak kepada kumpulan tetapi memberi kelebihan kepada industri,” katanya.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.