Kiriman pada: Mon, Jan 18th, 2016

Akta Alam Sekitar 1974 sudah lapuk

Kongsi maklumat ini
Tags

WAN JUNAIDI TUANKU JAAFARSHAH ALAM: Akta Alam Sekitar 1974 yang lapuk serta ketinggalan zaman menyebabkan pelbagai pihak berani melakukan pencemaran alam sekitar.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata lebih mengecewakan, undang-undang sedia ada tidak memberikan sepenuhnya kuasa kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk mengambil tindakan, sehingga menyebabkan jabatan itu ‘tiada taring’ dan tidak digeruni oleh pesalah alam sekitar.

Katanya, sebagai contoh dalam isu perlombongan bauksit di Kuantan, JAS tidak mampu berbuat apa-apa sehingga menimbulkan ketidakpuasan hati selain ada yang mempersoalkan peranan jabatan berkenaan.

“Dalam isu bauksit, JAS hanya boleh ambil sampel air dan lakukan kajian mengenai kesan pencemaran…itu sahaja yang kita boleh lakukan setakat ini.

“Hasil sampel ini kita serahkan kepada pihak berkuasa kerajaan negeri untuk tindakan selanjutnya. Ini kerana, kerajaan negeri ada kuasa untuk ambil tindakan undang-undang, tetapi di peringkat Kerajaan Persekutuan kita tiada kuasa. Ini masalahnya dan perlu segera diperbetulkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Simposium Kebangsaan Mengenai Pencemaran Marin di sini, hari ini.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.