Kiriman pada: Wed, Jul 30th, 2014

Aku Melayu atau Arab? Menjadi Melayu Ikut Ikut -Akhir

Kongsi maklumat ini
Tags

2Alhamdullilah Kita selamat kembali ketanah air setelah mengerjakan Rukun Islam kelima dan berazam untuk datang lagi ke bumi Haram Makkah bila dizinkan Allah, hanya pada mu aku berserah.

Setelah dua kali berpeluang menjejakkan kaki ke tanah Suci Makkah, sudah pasti ada kalanya nafsu teringin menjamah nasi Arab, tiada masalahnya untuk menikmati Nasi Arab di bumi bertuah Malaysia ini kerana melabak lambak bagai cendawan tumbuh restoran nasi Arab di bandaraya ini walaupun harganya agak mahal tetapi perasaan bangga rakyat Malaysia bila makan nasi arab melenyapkan perasaan terkujat dengan harga nasi Arab ini, Wal hal jika makan nasi beriayani Kambing di restoran biasa kita bisa melenting bila si Mamak atau En. Mahat Briani Gam menyerahkan bil makanan bukan mahal mana pun jika di bandingkan dengan restoran Arab ini.

Tetapi kerana semangat ke Araban melebihi semangat Melayu maka dengan senyum bangga membayar harga makan tersebut walaupun secangkir teh berdaunkan pudina mencecah belasan ringgit. Tetapi jika minum di kedai Pak Ma’un jika tercapur sedikit bunga cengkih mau di bakarnya kedai Pak Ma’un tu agaknya.

Alhamdullilah setelah 5 bulan berada di tanah air, sekali lagi kita berpeluang untuk mengerjakan Umrah, Terima kasih ya Allah kerana menjemput ku Sekali lagi ke bumi Haram Mu di Makkah dan sekian kalinya kita dapat beribadat berdiri dihadapan Rumah Mu, paling kita gembira ialah bersolat mengadap Multazam ia ini Pintu Ka’bah Mu. Alhamdullilah.

/- selanjutnya baca disini..

*Akhir.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.