Kiriman pada: Tue, Dec 22nd, 2015

Ali Tinju direman dua hari

Kongsi maklumat ini
Tags

ALI TINJU / KOTA RAYAKUALA LUMPUR: Pemimpin Gerakan Merah 1Malaysia, Mohd Ali Baharom yang lebih dikenali sebagai Ali Tinju direman dua hari bermula hari ini berhubung kenyataannya yang disifatkan menghasut untuk menimbulkan kekecohan. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad, berkata perintah reman itu bagi membolehkan polis melengkapkan kertas siasatan mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah. “Mohd Ali direman dua hari mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah. Polis sedang melengkapkan kertas siasatan dan akan diserahkan ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi. Mohd Ali ditahan di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini pada jam 7 malam tadi, kerana mengeluarkan kenyataan didakwa menghasut itu yang tersebar menerusi aplikasi WhatsApp. Kenyataan Ali bertajuk: ‘Pesanan dari Ali Tinju-Ketua Gerakan Merah’ bersama rakaman suara yang mengandungi kenyataan; “Meminta orang Melayu bersatu untuk mempertahankan bangsa dan kuasa Melayu supaya tidak menderita seperti di Singapura. Menyeru orang Melayu gempur untuk menakutkan peniaga Cina.” Kenyataan itu dipercayai dibuat susulan kekecohan dan rusuhan di Kompleks Kota Raya di ibu negara, kelmarin.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.