Kiriman pada: Thu, Jul 16th, 2015

‘Ali Tinju’ mengaku tidak bersalah sebut perkataan menghasut

Kongsi maklumat ini
Tags

ali-tinju1KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) Mohd Ali Baharom mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dakwaan menyebut perkataan menghasut ketika insiden pergaduhan di Plaza Low Yat, Ahad lalu.

Mohd Ali, 44, atau lebih dikenali ‘Ali Tinju’ didakwa menyebut lima ayat yang berbentuk provokasi perkauman di hadapan bangunan plaza berkenaan, Jalan Bulan 1, Off Jalan Bukit Bintang, di sini pada 8.30 malam, 12 Julai.

Dia didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta yang sama, membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Ketika rayuan, Mohd Ali yang diwakili peguam K. Ragunath memohon agar mahkamah menetapkan jumlah jaminan RM5,000 sahaja memandangkan isterinya tidak bekerja, tertuduh sendiri tidak mempunyai pendapatan tetap selain mempunyai lima anak masih bersekolah.

“Dia hanya berniaga kecil-kecilan dan tiada pekerjaan tetap. Dia juga telah direman tiga hari setelah menyerah diri di balai polis Dang Wangi selepas mendapat tahu di akhbar bahawa polis ingin mendapatkan maklumat daripada beliau,” kata Ragunath.

Timbalan Pendakwa Raya S. Ravindran bagaimanapun menawarkan RM10,000 sebagai jaminan.

Hakim Datuk Jagjit Singh Bant Singh kemudiannya menetapkan jaminan sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin dengan syarat tambahan iaitu Mohd Ali tidak dibenar kacau ganggu atau menghubungi saksi pihak pendakwaan dalam kes itu.

Wang jaminan terhadap Mohd Ali juga akan dibatalkan sekiranya dia dituduh lagi atas kesalahan hasutan.

Jagjit Singh menetapkan 30 Julai untuk sebutan.

Mohd Ali membayar wang jaminan itu.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.