Kiriman pada: Tue, Jul 21st, 2015

Aliran Trafik Di Beberapa Lebuh Raya Utama Sesak Malam Tadi

Kongsi maklumat ini
Tags

gxfhKuala Lumpur – Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan semakin sesak dengan pertambahan kenderaan berikutan ramai yang pulang ke destinasi masing-masing selepas bercuti di kampung halaman sempena Aidilfitri.

Aliran trafik dari utara di Lebuhraya Utara-Selatan sesak dari Sungai Petani ke Bertam dan dari Permatang Pauh ke Perai, menurut jurucakap Pusat Kawalan Trafik Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS).

Beliau berkata aliran trafik juga sesak dari Taiping ke Terowong Menora dan dari Ipoh ke Simpang Pulai serta dari Bidor ke Slim River.

Bagi arah selatan aliran trafik dilaporkan sibuk dari Senawang menuju ke Seremban dan dari Simpang Pulai ke Senai.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata pertambahan kenderaan turut menyebabkan aliran trafik dari Bentong timur ke Bukit Tinggi serta dari Plaza Tol Gombak ke pusat bandar perlahan.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.