Kiriman pada: Thu, Feb 11th, 2016

ALIRAN TRAFIK DI LEBUH RAYA LANCAR PAGI INI

Kongsi maklumat ini
Tags

cgjkKuala Lumpur – Aliran trafik di beberapa lebuh raya seluruh negara dilaporkan lancar setakat 9 pagi ini.

Menurut jurucakap PLUS Malaysia Berhad tiada kesesakan lalu lintas dilaporkan di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan sama ada dari arah utara mahupun ke selatan.

Setakat ini keadaan trafik di semua laluan bergerak lancar dan tiada sebarang kesesakan dilaporkan

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata aliran trafik lancar dan terkawal di semua lebuh raya bertol sekitar Lembah Klang.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.

*Gambar Hiasan

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.