Kiriman pada: Wed, Feb 10th, 2016

Aliran trafik di lebuh raya lancar

Kongsi maklumat ini
Tags

PLUSKUALA LUMPUR: Aliran trafik di lebuh raya utama dilaporkan lancar pagi ini tetapi dijangka meningkat 12 tengah hari nanti berikutan orang ramai beransur pulang ke destinasi masing-masing selepas cuti umum sempena Tahun Baharu Cina. Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Projek Lebuhraya Utara Selatan Bhd berkata, aliran trafik di kedua-dua arah utara dan selatan khususnya menuju ibu kota, masih lagi terkawal dan lancar pagi ini. Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan tiada kesesakan dilaporkan berlaku di lebuh raya utama lain termasuk Lebuhraya Pantai Timur 1 dan 2. Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.