Kiriman pada: Wed, Jul 30th, 2014
Nasional | Oleh

Aliran Trafik Lancar Pagi Ini

Kongsi maklumat ini
Tags

Lebuhraya PLUSKuala Lumpur – Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama di semenanjung dilapor lancar setakat 9 pagi ini.

Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Plus Expressway berkata trafik menuju ke selatan dari plaza tol Sungai Besi dilapor bergerak lancar.

“Satu kemalangan berlaku di KM 94.9 dari Sungai Petani ke Gurun namun trafik tetap lancar,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata aliran trafik di Lebuhraya Kesas dan Lebuhraya Pantai Baharu (NPE) juga lancar setakat 9 pagi ini.

Twitter LLM melaporkan satu kemalangan berlaku di KM 42.8 dari Sedenak ke Simpang Renggam namun aliran trafik lancar selepas insiden itu diselesaikan.

Mengenai pengirim

-

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.