Kiriman pada: Fri, Jul 10th, 2015

Aliran trafik makin kritikal

Kongsi maklumat ini
Tags

08hmsesa2.transformedKuala Lumpur: Keperluan untuk mengatasi masalah kesesakan di sepanjang Jalan Tun Razak berhampiran persimpangan Bukit Bintang amat mendesak ketika ini kerana masalah terbabit sudah berlarutan sejak sekian lama.
Lebih memburukkan keadaan apabila terdapat beberapa lebuh raya yang dihubungkan menerusi susur masuk ke Jalan Tun Razak menyebabkan masalah kesesakan di situ semakin kritikal dan aliran trafik tidak berjalan dengan baik.
Bagaimanapun, Datuk Bandar Kuala Lumpur Tan Sri Ahmad Phesal Talib berkata Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sudah mengadakan perbincangan dengan beberapa pihak yang berkaitan termasuk Unit Perancang Ekonomi (EPU) mengenai isu berkenaan.
Katanya, menerusi satu mesyuarat yang dihadirinya minggu lalu, persefahaman juga sudah dicapai antara semua pihak untuk menanggung semua kos menaik taraf secara bersama bagi memastikan masalah trafik di situ dapat diatasi.
“Perbincangan itu melihat bagaimana boleh memperbaiki kesesakan di Jalan Tun Razak berhampiran Bukit Bintang. Persefahaman sudah dicapai dan kerajaan memutuskan segala kos diperlukan dikongsi antara projek TRX, kerajaan melalui EPU dan DBKL,” katanya.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.