Kiriman pada: Wed, Jul 15th, 2015

Aliran trafik sesak di lebuh raya utama pagi ini

Kongsi maklumat ini
Tags

sesak_L-600x360KUALA LUMPUR: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilapor semakin sesak setakat 10 pagi ini berikutan peningkatan jumlah warga kota meninggalkan ibu negara untuk pulang ke kampung halaman masing-masing bagi menyambut Aidilfitri. Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Plus Hotline melaporkan aliran trafik ke utara bergerak perlahan dari Slim River ke Sungkai, Bidor ke Tapah, Tapah ke Gopeng, Hentian Simpang Pulai ke Ipoh Utara, Jelapang ke Hentian Rehat Sungai Perak, Jawi ke Hentian Sebelah Sungai Bakap dan Bukit Tambun ke Juru. “Bagi arah selatan pula, trafik dilihat semakin perlahan dari arah Hentian Tangkak menuju ke Plaza Tol Bukit Gambir,” katanya. Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) melaporkan aliran trafik ke pantai timur semakin meningkat apabila kenderaan mula bergerak perlahan dari arah Genting Sempah menuju ke Lentang di Bentong.

“Trafik juga dilaporkan sesak sepanjang empat kilometer di susur keluar Plaza Tol Kuala Terengganu,” katanya. Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 talian LLM di 1800-88-7752.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.