Kiriman pada: Tue, Jul 28th, 2015

‘Allah lebih mengetahui’, tweet Najwa sejurus bapa digugurkan

Kongsi maklumat ini
Tags

freeeeKUALA LUMPUR: Pengumuman senarai anggota Kabinet baru telah dilakukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi.

Dalam pengumuman tersebut, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilantik sebagai Timbalan Menteri dan Menteri Dalam Negeri baru, berkuat kuasa 29 Julai.

Sejurus selepas pengumuman itu dibuat oleh Najib, anak-anak Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Najwa Mahiaddin dan Farhan Yassin tidak melepaskan peluang untuk meluahkan perasan mereka di laman Twitter.

“Allah lebih mengetahui,” kata Najwa yang juga merupakan seorang penyanyi melalui akaun Twitternya.
Walaupun samar, tetapi status itu boleh memberi pelbagai tafsiran, tambah-tambah lagi rombakan kabinet ini dibuat selepas kritikan Muhyddin mengenai isu 1MDB dan The Edge.

Sementara itu, Farhan pula memuat naik dua keping gambar ayahnya yang menyentuh hati di laman Instagramnya.
Gambar itu dipercayai dirakam di luar pejabat Perdana Menteri di Putrajaya selepas pengumuman rombakan tersebut.

Selepas kenyataan itu dimuat naik oleh mereka, ramai netizen yang tampil untuk memberi sokongan kepada Muhyddin dan keluarganya.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.