Kiriman pada: Fri, Aug 14th, 2015

ALLAH Maha Segalanya

Kongsi maklumat ini
Tags

kaligrafi-allah-islamiKita selalu ditipu oleh akal kita yang tak berhenti berusaha memikirkan jalan keluar ¬†bila kita ditimpa sesuatu masalah. Oleh kerana dalam banyak keadaan, cadangan dari akal kita ini “berhasil” menyelesaikan masalah kita, kita selalu ditipu untuk bertambah yakin dengan kebolehan akal kita mencari jalan keluar dari setiap keadaan. Kita juga banyak mempelajari ilmu dalam perbagai bidang yang kita ceburi samaada ilmu duniawi mahupun ukhrawi. Ditambah pula dengan pengalaman yang luas di dalam interaksi harian kita termasuk ilmu “street smart”. Ini menambahkan lagi keyakinan kita pada kebolehan diri kita menyelesaikan masalah apabila kita dihidang atau dibentangkan dengan sesuatu masalah.

Kita lupa bahawa semua jalan keluar dari semua masalah hanyalah dari ALLAH. Kerana ALLAH jugalah yang memberikan kita setiap masalah atau keadaan kesulitan itu untuk kita lalui “in the first place”.

Bagaimana sikap kita bila kita diuji ALLAH di mana tiada jalan keluar yang kita dapati setelah puas akal kita memikirkan 1001 macam jalan keluar. Puas meminta tolong kaum-keluarga, sahabat-handai dan rakan-rakan termasuk yang kita jarang-jarang hubungi tetapi dah sebab terdesak terpaksa juga hubungi, minta tolong orang ‘alim, pakar, doktor, bomoh, pawang. Semua kita dah cuba. Tapi kita masih tak dapat keluar dari masalah kita. Walaupun ALLAH sentiasa bersama kita, tapi kita lebih selesa dengan kebolehan akal, kemahiran, ilmu dan pengalaman yang luas yang kita rasa kita miliki untuk kita gunakan menyelesaikan sesuatu masalah.

Tetapi apabila “semua jalan” ditutup olehNya, kita menjadi benar-benar buntu. Pada ketika ini barulah kita mula memohon dengan bersungguh-sungguh, berdoa, bermunajat ketika orang lain sedang nyenyak tidur, merayu, menangis dan mengemis kepada ALLAH, Pemilik dan Pentadbir sekalian alam dan DIRI ini. Pemilik sebenar “keAkuan Diri” ini yang selalu merasakan ianya hebat. Baru kita sedar bahawa selama ini ALLAH-lah yang memberi kita setiap jalan keluar, bukan akal kita, kemahiran kita, lain-lain manusia, mesin-mesin atau mana-mana makhluk.

Tiada keadaan yang kita lalui melainkan ALLAH yang menjadikannya.
Tiada jalan keluar yang kita dapati melainkan ALLAH yang menjadikannya.

Sebab itu kita kena biasakan diri untuk merujuk kepada ALLAH di dalam melalui setiap keadaan. Sebab itu kita kena biasakan diri untuk tinggalkan merujuk kepada akal kita dahulu di dalam melalui setiap keadaan. Kita hendak beriman dengan penuh keyakinan bahawa diri kita ini milik penuh ALLAH, kehidupan yang kita lalui ini milik penuh ALLAH, dan segala perasaan yang kita rasai ini adalah milik penuh ALLAH. Kita hendak beriman dengan penuh keyakinan bahawa ALLAH berkuasa penuh secara mutlak ke atas diri kita ini.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.