Kiriman pada: Mon, Feb 22nd, 2016

Allahyarham Sudirman Kekal Dalam Ingatan

Kongsi maklumat ini
Tags

2sudirKuala Lumpur – Penghibur nombor satu Asia, Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arsyad masih kekal terpahat di hati para peminat setelah genap 24 tahun hari ini menghadap ilahi.

Walaupun sudah lebih 2 dekad pemergian Allahyarham, namun khazanah yang ditinggalkan iaitu lagu-lagunya masih bernafas hingga ke hari ini.

“Sudir” bukan suatu nama yang hanya dikenali oleh mereka yang bersama membesar ketika zaman kegemilangannya, malah turut dikenali seluruh lapisan masyarakat.

Kini raut wajahnya, kelunakan lagu-lagunya serta persembahannya yang lincah hanya boleh dilihat menerusi media sosial,namun ia bukan penghalang untuk generasi muda mengenali insan bernama Sudirman.

Dinobatkan sebagai penghibur nombor satu Asia dalam Asian Popular Music Award pada 1989, ia menjadikan Allahyarham penyanyi pertama negara melakar sejarah menerima gelaran tersebut.

Populariti yang diraih menerusi lagu-lagu seperti Chow Kit Road, Basikal Tua, Sampaikan Salam, cukup menjadikan Allahyarham tiada tandingan artis seangkatannya.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.