Kiriman pada: Fri, Jan 22nd, 2016

ALLIANCE BANK SASAR 10 RIBU GUNA KAD VISA INFINITE BUSINESS PADA 2016

Kongsi maklumat ini
Tags

dtkKuala Lumpur – Alliance Bank Malaysia Bhd mengunjurkan 10,000 pemilik perniagaan tempatan akan menggunakan kad kredit terbarunya ‘Visa Infinite Business’ menjelang akhir tahun ini.

Antara kumpulan sasar bagi kad kredit ini adalah pelanggan sedia ada Alliance yang terdiri daripada syarikat perusahaan kecil dan sederhana, PKS.

Naib Presiden Eksekutif, Ketua Kumpulan Transaksi dan PKS; Victor Khor, yakin sasaran tersebut mampu dicapai berdasarkan ganjaran dan ciri-ciri menarik yang ditawarkan kad kredit itu.

Antaranya tempoh bayaran balik tanpa faedah sehingga 56 hari, akses tunai serta bayaran balik melalui pelan bayaran ansuran sehingga 18 bulan.

Setakat ini, Alliance Bank mempunyai lebih 85,000 pelanggan yang terdiri daripada usahawan PKS.

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.