Kiriman pada: Mon, Jan 18th, 2016

AMALAN SEPERTI BEKAS YANG BOCOR

Kongsi maklumat ini
Tags

dfyidKita ambil wuduk dengan sempurna tapi membazir air,, ia umpama . . bekas BOCOR.

Kita solat, sedekah, baca Quran, pergi haji dan umrah banyak kali tapi kita sering membuat memfitnah atau mengumpat orang,, ia umpama . . bekas BOCOR.

Kita beri banyak sedekah dengan belanja kawan-kawan dan orang miskin tapi kita bangga diri dan riak,, ia umpama . . bekas BOCOR.

Kita bangun tahajud, berpuasa dan taat pada ALLAH tapi kita putuskan tali silaturrahim dengan keluarga dan orang yang kita benci,, ia umpama . . bekas BOCOR.

Kita kuat beramal membaca Quran, berzikir pagi dan petang tapi kita selalu menyakiti hati jiran tetangga, saudara mara dan sahabat handai serta selalu lepas cakap hingga menyingung perasaan mereka,, ia umpama . . bekas BOCOR.

Kita berhias-hias pakai cantik-cantik dengan wangian semerbak bukan untuk isteri atau suami malah kepada kita belum berkahwin pula dengan tujuan memikat,, ia umpama . . bekas BOCOR.

Kita muliakan tetamu malah kita juga suka memberi tapi kita suka memburuk-buruk tetamu dibelakangnya dan mengungkit pemberian,, ia umpama . . bekas BOCOR.

Kita berkorban masa, wang ringgit dan tenaga demi anak-anak, suami atau isteri tapi kita sering merungut sehingga membuatkan mereka merasa serba salah,, ia umpama . . bekas BOCOR.

Kita kerap berdoa mohon keampunan tapi bila diuji dengan kesakitan, kesusahan dan kesempitan lalu kita merungut menyalahkan kenapa ALLAH jadikan hidup kita terseksa begini,, ia umpama . . bekas BOCOR.

AYUH.. sahabatku mari kita segera sedar bahawa segala amal baik umpama terisi dalam bekas.

Jangan diBOCORkan bekas itu, Jangan diBOCORkan pahala baik disebabkan perbuatan buruk.

Jangan sampai kita jadi orang yang MUFLIS dihadapan ALLAH SWT di akhirat kelak.

* Peringatan utk diri sendiri serta sahabat-sahabatku semua. *

Mengenai pengirim

Dipamirkan 1 komen
Sila nyatakan komen anda

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.