Kiriman pada: Sun, Dec 27th, 2015

Amanah Kecewa Tindakan DAP

Kongsi maklumat ini
Tags

Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) menyokong beberapa sekatan yang dikenakan terhadap terhadap peserta luncur angin dari Israel yang dijadualkan mengambil bahagian dalam satu kejohanan di Langkawi.

Dalam sebuah kenyataan media daripada Naib Ketua Pemudanya, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar, tindakan itu disambut baik sebagai sokongan dan solidariti terhadap rakyat Palestin yang dizalimi oleh kerajaan haram Israel secara berterusan dengan cara yang amat tidak bertamadun.

“Selain mengambil kira faktor hubungan diplomatik Malaysia-Israel, sekatan yang dilakukan ini perlu sebagai tanda protes terhadap Israel dan ia perlu diterjemah di setiap perkara, bukan hanya sukan semata-mata,” ujarnya.

Dalam masa yang sama, kami melahirkan rasa kecewa atas kenyataan Ketua Biro Pembangunan Ekonomi DAP Perak, Chong Zhemin yang menyelar tindakan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, kononnya menteri itu menggunakan sentimen politik dan peribadi dalam acara sukan antarabangsa itu.

“Pada hemat kami, kenyataan tersebut sangat mengguris perasaan rakyat khususnya umat Islam dan pencinta keamanan sejagat yang sehingga kini sangat peduli terhadap nasib rakyat di Palestin.

“Sebagai rakan gabungan Pakatan Harapan, kami berhak untuk menegur DAP dalam hal ini kerana ia menyentuh sensitiviti umat Islam dalam negara ini,” tegas Mohd Fakhrulrazi.
Ketua Pemuda Amanah Perak itu turut berharap kerajaan konsisten dalam memastikan tidak berlaku sebarang hubungan dengan Israel termasuk yang member khidmat rundingan komunikasi terhadap kerajaan Malaysia.

Mengenai pengirim

Berikan komen anda

Anda mesti mendaftar masuk untuk memberi komen.